HOUSE OF COSRY SETANDING JENAMA POPULAR

HOUSE OF COSRY SETANDING JENAMA POPULAR

BERBEKALKAN wang modal berjumlah RM2,000.00 ketika memulakan perniagaan House of Cosry pada 2005, Pengarah Urusan Cosry Wise (M) Sdn. Bhd., Ariff Quasri bersama rakan kongsinya Pengarah Kreatif Cosry, Putra Aziz memulakan perniagaan mereka dengan menjual pakaian dari rumah ke rumah.

Walaupun Ariff tidak mempunyai pengalaman dalam bidang fesyen namun minat dan semangat untuk terjun ke bidang itu tidak pernah pudar.

Dengan pertolongan sahabatnya itu, dia menggunakan modal tersebut untuk membeli fabrik dan kelengkapan menjahit baju kebaya eksklusif untuk majlis perkahwinan.

Tanpa disangka, baju rekaan Cosry diterima baik oleh masyarakat sekeliling sehingga dia dijemput untuk menyertai pertunjukan fesyen sempena majlis hari lahir adinda Sultan Selangor.

“Ia merupakan pertunjukan fesyen pertama kami sehingga model ‘runaway’ di kalangan teman-teman kami sendiri. Saya bersyukur segalagalanya berjalan dengan lancar.

Bahkan cukup bertuah dengan sokongan daripada rakan kami biarpun melakukan kerja tanpa sebarang bayaran,” katanya.

Selepas majlis tersebut, fesyen kebaya Cosry mendapat sambutan positif sehingga menjadi tumpuan media terutamanya Kumpulan Media Karangkraf.

Bermula dari situ, nama Cosry menjadi perhatian golongan selebriti termasuk Maya Karin, Erra Fazira, Mawi, Lisa Suriani, Dato Dr Sheikh Muzaffar, Dato Sheila Majid, Fauziah Ghous dan ramai lagi.

Antara faktor nama Cosry mula meniti di bibir pelanggannya adalah disebabkan fabrik yang digunakan sangat berkualiti disamping rekaan yang menarik.

Baca Artikel Penuh di : https://www.mfa.org.my/house-of-cosry-setanding-jenama-popular/

Back to blog

Leave a comment