Pereka fesyen dan pemilik Cosry, Putra Aziz meninggal dunia
31 Disember 2021 08:10am
KUALA LUMPUR - Pereka fesyen dan pengasas bersama Cosry, Putra Aziz, 45 dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam, Khamis, di ibu negara.
Berita pemergian Allahyarham disahkan dengan perkongsian di laman Facebook rasmi Cosry pada malam Khamis.
Menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu.
Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.
Baca artikel penuh di:
https://www.sinarharian.com.my/article/180677/berita/semasa/pereka-fesyen-dan-pemilik-cosry-putra-aziz-meninggal-dunia